Tuesday, August 17, 2010

ZAKAT FITRAH

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH


Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

*Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

*Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

*Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

*Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi sesebuah tempat itu daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR ZAKAT FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:


1) Waktu Wajib

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2) Waktu Yang Paling Afdhal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3) Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4) Waktu Makruh

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5) Waktu Haram


Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.



Thursday, August 5, 2010

SALAM RAMADHAN



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Ramadhan yg dinanti kini hampir tiba...
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...

"Amat sia-sia & rugi bg merreka yg melalui RAMADHAN
namun tidak mendapat keampunanNya"
"Ya ALLAH..Ya Tuhan Kami,
Berkat Bulan Yang Mulia Ini,
KAU Ampunilah Dosa Kami,
KAU Berkatilah Setiap Amalan Kami,
Dan KAU Terimalah Segala Amalan Kami.
Amin......


Friday, May 21, 2010

EdiT GaMbO.....



Salam semua....
Saja dah lama tk update blog ni....
Mcm org selalu dok kata "dah besawang"
Hadddoiiii.....

Ni saja lah nk letak gambo2 yg aku saje edit...
Guna software edit pic yg sedia ade kt pc haku
tapi jrng dimanfaatkan....
Haddoiiii.....layan......

Auni wth ayah n ibu

ni gambo Auni genap 2thn
kejap je da 2thn...
Alhamdulillah...

Wednesday, February 24, 2010

SunWaY lAGOOn

Last week aku n hubby bwk Auni pi Sunway...
Ni semua hajat suami ku jugak...
coz,yg sebenanya die teringin la sgt nk pi situ..
Katanya semenjak dr dulu lg memang tk pnah pi pon...
Alahai sian nye ayah Auni....
Aku ni tk kisah sgt la coz dah pnah pi 2/3 kali gk lah..
Seronok tk terkata suami ku pi sana...
lebih plok dr Auni...enjoy giler....semua game dia main...
aku n Auni main game yg biaso2 jew lah....
tak sempat plok aku nk amik pict time ayah Auni sakan bermain...


(muka kpenatan+ngantuk)

p/s:abaikn date x sempt nk setting......

Tuesday, February 9, 2010

KaLAu RaSa BoSaN........

Ni sajala kn nk share ngn kome2 seme....terutama pd yg bosan + ngantuk d waktu koje + yg nk test lidah......
Cubala korang bace citer kt bwh nie....:

"!!PERHATIAN!! SILER BACER DENGAN LAJU....BARU TAU..LIDAH TUE OK KER TAK


OK....EKKK....


Cerita yg bermula dengan huruf K

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada

Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?" Ketam kata, "Ku

ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku

kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata

kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar

kudis?" Ketam ketawa,
Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..

kuh..kuh!!Kodok..Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"Ketam kilas,

"Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok

keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk !",

kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok..

Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."Kesian Ketam, kepala

kena keperok.



Cerita yg bermula dengan huruf C:



Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari

cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.

Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah.

cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot

cilau.cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat

camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak

came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat

cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah

cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap...

cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap

camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput

cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow.

copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan

copot... ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja cuka cuka.

##Amacam ok tak korang????

Wednesday, January 13, 2010

AlmariAdel - New Year Giveaway


GIVEAWAY dr blog MUMMY ADEL
Memandang kan syart yg dikenakn utk GIVEAWAY ni amt la sonang.....
aku saja la nk join kn diri....
mana la thu ade rezki 2010 ni dpt adih misteri dr MUMMY ADEL
syarat2 nya:

1.Jadi follower AlmariAdel + add AlmariAdel kat blOglist u'ols


2. Tempek la banner giveaway nie kat sidebar

3. Buat satu entry mengenai giveaway ni yang bertitle, AlmariAdel - New Year Giveaway. Jangan lupa letak pic kat atas tuh, OK~!!

4. Tinggalkan link entry u'ols pada bahagian cOmment entry ni.
dan akhir sekali....
Tarikh tutup penyertaan : 20.01.2010
 
Senang kan....
jadi apa tunggu lg..kpd yg beminat jom la join....:)

Monday, January 11, 2010

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU




Contest ni anjuran Pn Eiyadr blog http://eiyakiesah.blogspot.com/
sempena m'nymbut b'day nye JANUARY nie....
Tarikh tutup : 29 . 01. 2010

Gambar yg aku nk letak :




Nama Ibu: Norlydah Bt Bakar

Nama anak: Auni Aqilah Mohd Asraf
Tarikh Lahir: 11.01.2008
SWEET sbb:
Ku rasakn ni gmbr yg lain dr yg lain pnh ku ambil bsama Auni
 gambo ni di ambil scara kbetulan krn ;
en hubby sebenanyer nk test camera jew...
n die nk amik gambo Auni
aku plok tetiba terposing sibuk kt belakng gitu....huhuhuhu
suka sgt gambo ni so SWEET...
(w/pn kmi x amik secara befelukan/erat mcm ibu+ank yg lain2.......)

Friday, January 8, 2010

EMOSI & TMPT KERJA

"Apabila emosi dpt dikelola dgn sebaik-baiknya,maka prestasi kerja juga dpt ditingkatkan"

Kestabilan emosi membolehkan kita mempercayai diri sendiri & berkeupayaan mengawal tekanan dan cabaran dlm k'hidupan seharian.

Kestabilan EMOSI dapt melahirkan individu yg :
  • Sentiasa tenang &terkawal
  • M'punyai keyakinan diri
  • Percaya pd diri
  • Berdikari
  • Sentiasa peka & prihatin
  • Dapat menjalinkan hubungan yg sihat
  • Tidak segan meminta bantuan & sentiasa terbuka memberi bantuan.
Tips wujudkan kestabilan EMOSI di tmpt kerja :
  • Kenal k'kuatan d& kelemahan diri sendiri
  • Wujudkan ramai kenalan agar kita matang dlm berkomunikasi
  • Sentiasa memberi komitmen yg bersunguh2 dlm m'laksankn tugasan harian
  • Melaksanakan kerja-kerja yg berfaedah & jgn bersikap negatif
  • "Tegas diri" iaitu jaga hak sendiri & hak org lain
  • Perbaiki diri sendiri melalui p'galaman seharian
  • Sentiasa dekat   dgn ALLH seperti solat,berdoa,berzikir,lafazkan kesyukuran &lain2,.